www.rumahpanjai.com jaringan komunikasi kaum Dayak (Utusan Sarawak 29 Disember 2005)

www.rumahpanjai.com jaringan komunikasi kaum Dayak (Utusan Sarawak 29 Disember 2005)

Laman web www.rumahpanjai.com terus unggul di kalangan pelayar internet khususnya kaum Bumiputera yang terdapat di seluruh dunia semenjak ia diwujudkan pada Mei 2003 dahulu.

Ini kerana laman web berkenaan yang lebih dikenali di kalangan pelayar internet khususnya kaum Dayak sebagai RP.com menjadi sebuah pentas komunikasi yang berupaya menghubungkan kesemua komuniti Dayak dari seluruh dunia.

Web RP.com disertai oleh semua golongan kaum Dayak atau kaum Bumiputera yang lain termasuk orang Ulu dan Melanau. Mereka ini terdiri daripada pekerja kakitangan kerajaan, syarikat swasta dan pelajar yang sedang menuntut di mana-mana institusi tinggi seluruh dunia.

Melalui laman web berkenaan, pelayar internet berpeluang untuk mengadakan pelbagai forum perbincangan yang berkait rapat dengan bidang pekerjaan, isu semasa, ekonomi dan social.

Malah pelayar internet RP.com turut berpeluang untuk mengadakan perjumpaan atau majlis perhimpunan (gempuru) bersama dengan para kenalan mereka menerusi laman web terbabit.

Laman web www.rumahpanjai.com pernah beberapa buah majlis rasmi bersama dengan para pelayar internet aktif sebelum ini. Misalnya majlis sambutan ulang tahun penubuhan pertama web www.rumahpanjai.com, 2003 dan 2004. Salah satu majlis berkenaan pernah diadakan di Hotel Telang Usan, Kuching.

Di samping itu, pelayar laman web RP.com juga mengadakan majlis pertemuan secara kecil-kecilan di lokasi yang mereka telah tetapkan. Sehingga kini pelayar laman web RP.com lebih kerap mengadakan perjumpaan kecil di kawasan Kuala Lumpur, Kuching dan Miri.

Salah satu perjumpaan kecil yang pernah diadakan oleh pelayar laman web RP.com telah pun berlangsung pada 18 November lalu. Perjumpaan kecil ini telah berlangsung di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan khusus menemukan para pelayar laman web RP.com yang bekerja mahupun menuntut di sekitar wilayah terbabit.

Melalui perjumpaan kecil berkenaan, seramai 26 ahli laman web RP.com berpeluang untuk mengenali kenalan mereka secara lebih rapat. Perjumpaan ini turut membabitkan dua ahli RP.com yang baru sahaja pulang bekerja dari negara Sudan.

Dengan kata lain laman web RP.com telah membolehkan mereka yang sebelum ini hanya berkenalan di dunia siber bersemuka secara langsung di antara satu sama lain. Menerusi perjumpaan ini mereka berpeluang untuk berbual lebih rapat dengan kenalan diri masing-masing.

Antara ahli laman web RP.com yang menyertai perjumpaan kecil berkenaan ialah (berdasarkan nama benar dan gelaran samaran dalam web) Robinson, Evelyn, Oswald (pemilik laman web RP.com), Jimbun, Tuan Lokong, Morris, Ray, Bujang Singalang, Desmond, Lavendar, endun-endun mit dan ramai lagi.

Perjumpaan kecil ini berlansung selama beberapa jam dan ahli berpeluang untuk membincangkan pelbagai langkah bagi menaikkan lagi taraf laman web RP.com di masa akan datang.

Laman web RP.com buat pertama kalinya bertapak di dunia siber pada May 2003. Jumlah keahlian laman web terbabit pernah mencapai lebih daripada 1000 orang sebelum ianya mengalami gangguan teknikal dan serangan daripada penggodam internet yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun menjelang September 2005, salah seorang daripada ahli laman web RP.com telah menubuhkan laman web baru yang digelar dengan menggunakan domain www.rumahdayak.com.

Laman web RP.com kini masih lagi aktif di dalam dunia internet dan kian mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada pelayar internet kaum Dayak dan bukan Dayak.

Baru-baru ini laman web RP.com telah melancarkan Projek Tabung Derma Komuniti untuk membolehkan laman web berkenaan kukuh dalam menempuh arus dunia siber di masa akan datang. Disamping itu projek berkenaan juga bertujuan untuk membantu golongan kurang upaya menerusi bantuan kewangan.

Comments

Popular posts from this blog

Dayak di maya siber melalui RP.com (Utusan Sarawak Julai 2005)

E-komuniti Dayak melalui RP.com (Utusan Sarawak 14 July 2004)